Sunday, January 20, 2008

Tips nak jadi wartawan (walaupun practikel je)!!

Bagi mereka yang berminat nak jadi wartawan business (macam aku) .... at least ni yang depa kena ada...;

1. Penguasaan bahasa inggeris.
Bahasa Ingegris merupakan lingua franca dalam dunia korporat dan bisnes. Sememangnya, setiap kali aku keluar tugasan pun, bahasa inggeris tetap digunakan walaupun kita ini orang melayu. Jadi tanpa penguasan Bahasa Inggeris, seseorang itu agak sukar untuk mendapatkan berita sama ada melalui PC ataupun dari interbiu. Ucapan-ucapan pun dalam bahasa inggeris. Press release pun lagilah dalam Bi. So be prepared. sekiranya anda ingin menjadi wartawan bisnis, bahasa inggeris seharusnya di hujung bibir anda.

2. Be open minded
Bila sahaja kita memasuki bilek berita, kita akan menemui banyak benda2/perkara baru. Benda2 yang kita x penah dengaq atau jumpa kat masscom Broker's call contohnya. Broker's call merupakan satu call (pemberitahuan) dari pihak broker saham. Media harus menterjemah call ini kepada news untuk dicernakan kepada pembaca. Memang kita x pernah dengar atau lihat broker's call ni, dalam kelas business and financial reporting pun , maybe xde, pasal aku x ingat penah belajar benda ni.

Kita juga akan didedakkan dengan pelbagai benda2 baru, market share, equity, profit and loss, merupakan benda2 biasa yang harus diketahui oleh mana wartawan business. Projection, fund, financing bla2... and the list goes on and on and on....

So bagi menangani masalah ini, kita haruslah be open minded , dan bersedia untuk menerima dan belajar. sehingga sekarang (3 minggu) dalam news room TMR, aku masih merangkak. Memang dah banyak byline aku dapat, tapi masih lagi merangkak. so kena open minded la.. merangkak pun merangkak la... lama2 nanti berdiri la.!!

3. PR kena bagus dekk!!
Dunia korporate ni memang banyak berurusan dengan PR. Pr2 ni sekenal2 aku, x penah sombong, humble je setiap masa dan bersedia untuk menolong kita. Oleh yang demikian, kita pun kena lah berkawan dan berbaik dengan PR2 ni. Nescaya, one day we might need their help.

Kita juga kena ada PR skill yang tinggi, bukan saja PR kena ada Pr skill, tapi wartawan pun kena ada gak. Skill pr ni sememangnya diperlukan untuk kita establish contact dengan ceo2, datuk2 datin2 dan lain2 lagi.

to be continued!!

Motivasi Diri

Setelah hampir 2o hari bergelar wartawan kewangan dan economi, banyak yang aku dah belajar, banyak sangat sampai x boleh nak kira. Tidak dinafikan, sememangnya aku berbangga kerana dah dapat banyak byline, tapi itu semua bukan lagi menjadi perkiraan. Aku juga memang berbangga dengan rakan2 aku yang lain, mereka juga mendapat pendedahan yang tersendiri.

Bagi aku, pendedahan yang cukup unik dan exklusif mengenai dunia korporat , business dan ekonomi yang aku terima dari TMR masih belum mencukupi. Lantas aku xkan terus mengalah, malah terus melangkah mencapai apa yang aku cita-citakan.

Memasuki minggu ketiga telah memjadi sesuatu yang mencabar buat aku. Aku masih belum boleh bertutur dalam "bahasa" asing ini. Memang ia mengecewakan aku. Tapi setelah aku mendapat nasihat dari Wah Foon (editor corporate) dan En Halim, aku rasa aku di garisan yang betul. Mungkin agak mengambil masa, namun aku harus bersabar kerana ini bukan kerja dan mudah. Ini merupakan "bahasa asing" yang baru aku pelajari.

Sunday, January 13, 2008

Yang terjumpa kat Internet

Libra ( 24 Spetember - 23 Oktober)


Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes toquarrel tapi jujur dlm segala hal...Tips utk memikat: Senang aje..Libra sukaperempuan yg ceria, happy go lucky..SO be urselfWARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupacover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingatdiorang nie semua hensem coz Samy Velu pon Libra jugak tapi tak hensempon...



HAHAH...
Hari ni hari ahad. so ... ada la 2-3 orang masuk office, including aku. so inilah keadaan ofc TMR pada weekends.


NI gambaq aku masukkan lagi.



sunyi kan....kosong je meje2. xde orang nak duduk.





Ni meja aku. hmmm... tersusun rapi kan. Maklumlah, hari ni xde kerje.heheh


Ni plak, telefon direct line aku. Bole le klu nak call2 aku guna direct line ni. nak email aku pun bole: khairol.shaf@themalaysianreserve.com

More pics coming up today!!

Aku dalam Gambar

Aku tgh termenung buat story

Meja aku.....

Makan tghari kat hotel....


Last2 berangan nak jadi broadcast journalist Al-Jazeraa, walaupun dalam realiti hanya memegang mic NTV7!!

Friday, January 04, 2008

Saya Wartawan (practical je!)

Hari ni masuk hari ke3 aku di TMR. Alhamdulliah. Hari pertama disambut baik oleh semua staf dan mendapat tugasan pertama aku. Aku kena process press release dan telah dicetak di akhmar TMR keesokkan harinya.

Hari kedua aku ditugaskan untuk membuat liputan tentang perasmian satu mutual fund di KL. Yang menakjubkan ialah, aku ditugaskan berseorangan, yakni tidak mengikut mana2 reporter. Dan story itu keluar di page 2 hari ni.

Hari ketiga pula aku ditugaskan untuk ke satu mesyuarat luar biasa salah sebuah syarikat pembinaan utama negara, juga di ibu negara.

Alhamdullilah, oleh kerana tugasan-tugasan luar inilah, aku dapat save kan sikit duit untuk memuaskan nafsu makan tengahari aku. Tapi wang kelaq, wang masuk, aku pun kena spend lebih pasal nak kena p kl. so kena lah naik LRT,monorel, rapid dll. sedey!!

So far, pengalaman 3 hari aku sebagai wartawan business adalah amat positif. Confidence aku makin naik dan aku telah bertukar menjadi seorang yg lebih berhati-hati. Maunya tak, semua story aku melibatkan number ... bukan sikit, tapi berbillion2. paling sikit pun, juta-juta aje.

Aku pun rasa lebih rendah diri kerana merasakan banyak benda lagi yang perlu aku belajaq. Terlalu banyak. Yelah ... business dan economi ni bukan bidang utama aku.

Pastu, aku rasa meybe aku bole lebih kurus. Nak tau pasal apa... pasal aku kena jalan banyak. Macam hari ke2 tuh, aku sesat nak pi tempat asgn tuh. Eh sesat, tapi silap jalan.

bye.

Wednesday, January 02, 2008

Lagi 4 jam

Lagi empat jam aku akan punch card pertama aku!! TMR akan merasakan jejak kaki aku pada pukul 9.30 ini. Namun masih aku tak bole tido. Nath pasal apa, semalam dah tak insomnia. Hari ni dapat insomnia lagi. I NEED HELP!! Doakan kejayaan aku pagi ini, ok. SALAM.

p/s- aku akan bersiaran secara lansung insyaAllah dari TMR via blog semasa office hours nanti. Pics coming soon. My blog is so dull without pics, dont u think so?