Tuesday, February 12, 2008

Pirana serang Malaya!!

Pernah tgk citer pirana x?? citer Hollywood yg dah tunjuk kat TV beberapa dekat lalu!! Ni ada story from Utusan, yg mmg agak gempar. Agak2, org nak pg lagi x kat Sg Tembeling lepas ni??

Nelayan cedera diserang pirana
JERANTUT 11 Feb. – Seorang nelayan cedera di kaki akibat diserang sejenis ikan yang didakwanya daripada spesies pirana di Sungai Tembeling dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku ketika Adanan Nipah, 54, hendak melepaskan ikan tersebut yang terperangkap dalam jaring yang dipasangnya di sungai itu di Kampung Tempan, Hulu Tembeling dekat Kuala Tahan kira-kira pukul 10 malam.
Dia mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.
‘‘Ikan pirana itu menggigit kaki kanan saya secara tiba-tiba ketika saya hendak melepaskannya daripada jaring menyebabkan kaki saya luka dan bengkak.
‘‘Saya bertindak pantas mengambil penyauk ikan untuk menangkapnya dan memasukkan ikan itu ke dalam bekas polistirena,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD.
Adanan juga terkejut kerana beberapa ekor ikan spesies yang sama di dalam sungai itu kemudian bertindak menerjah bahagian badan bot gentian kaca miliknya.
‘‘Saya sungguh hairan bagaimana pirana itu tiba-tiba bertindak ganas kerana sebelum ini belum pernah terdengar kejadian serangan ikan itu terhadap nelayan di Sungai Tembeling,” katanya.
Dia percaya pembenihan spesies pirana sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi di sini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.
‘‘Ikan pirana itu mungkin terlepas dari kolam ternakan berdekatan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang ketika banjir melanda kawasan ini Disember lalu,” katanya.
Adanan melahirkan kebimbangan spesies Pirana itu akan mengancam pembiakan ikan air tawar yang lain.
Dia yang menjadi nelayan sungai sejak 30 tahun lalu berkata, ikan Pirana boleh dimakan tetapi rasanya tidak sedap kerana ia bukan berasal dari sungai air tawar negara ini.
Katanya, ikan tersebut juga kurang mendapat permintaan di pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan dan pasar bandar Jerantut apabila ia dijual dengan harga hanya RM2 hingga RM4 sekilogram.

0 comments: