Saturday, January 03, 2009

BIROKRASI PENTADBIRAN DI JABATAN KERAJAAN PUNCA KOS TINGGI PENYENGGARAAN PROTON PERDANA "

Saya tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Persatuan Pengedar Proton Edar. Namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai laman blog tersendiri, saya copy and paste press release di bawah ini untuk bacaan umum.

Harap maklum.

___________________________________________________________________________________

PERSATUAN PENGEDAR PENGEDAR PROTON EDAR MALAYSIA

SIARAN AKHBAR




"BIROKRASI PENTADBIRAN DI JABATAN KERAJAAN PUNCA KOS TINGGI PENYENGGARAAN PROTON PERDANA "



Kuala Lumpur: "Kerajaan Pusat dan Negeri seharusnya menghapuskan birokrasi pentadbiran bagi pendaftaran wakil Pusat Servis Kereta Proton Edar bagi mempertingkatkan day saingan", kata Armin Baniaz Pahamin, Timbalan President , Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).



Sehingga hari ini, cuma wakil pusat servis Proton Edar yang berdaftar dan diluluskan oleh kerajaan sahaja dibenarkan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan kereta Proton milik kerajaan pusat dan negeri. Ianya menyebabkan kerajaan Negeri dan Pusat tidak mempunyai banyak pilihan untuk menghantar kenderaan kerajaan ke wakil-wakil pusat servis Proton Edar yang lain bagi kerja penyenggaraan. Langkah berkenaan mampu mengakibatkan harga kos penyenggaraan yang amat tinggi dan tidak terkawal dikenakan oleh pemilik wakil pusat servis Proton Edar yang berdaftar dan diluluskan kerajaan. Ini kerana hanya ada sedikit sahaja wakil pusat servis yand berdaftar dengan kerajaan berbandingkan dengan jumlah keseluruhan wakil-wakil pusat servis Proton Edar di Malaysia. Apabila tiada pilihan, akan lahirlah budaya sogokan atau kenaikan harga yang tidak terkawal.



Tanpa birokrasi pentadbiran pendaftaran bengkel di Jabatan Kerajaan, kerajaan negeri dan pusat boleh mendapatkan kerja-kerja penyenggaraan dari lebih 300 bengkel Proton Edar dan Eon dengan harga yang lebih berpatutan di seluruh Malaysia.



Proses perlantikan bengkel berdaftar Proton Edar adalah sangat ketat dan sentiasa dipantau bagi memastikan kualiti kerja dan pengendalian yang baik. Dengan itu, bengkel berdaftar Proton Edar seharusnya di kecualikan dari segala pendaftaran di Jabatan Kerajaan bagi kerja-kerja penyenggaraan kereta Proton sama ada ianya masih didalam waranti atau telah tamat tempoh waranti. Saingan di antara 300 bengkel berdaftar Proton Edar bagi kerja-kerja penyenggaraan kereta milik kerajaan dapat bantu membanteras harga kos yang amat tinggi oleh pemilik bengkel yang tidak bertanggung jawab.



Kenyataan dari tiga kerajaan negeri , Terengganu, Perak dan Pulau Pinang, mendedahkan harga penyenggaraan yang tinggi, merosakan reputasi kereta Proton dan membebankan wakil jualan dan servis Proton sedangkan kita sebagai pengusaha pengusaha wakil Pusat servis Proton Edar memang yakin harga kos penyenggaraan bagi kereta Proton Perdana adalah berpatutan dan tidak setinggi seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan kerajaan Negeri.

Kebanyakkan kereta Proton yang berada di pasaran mempunyai lanjutan waranti melebihi 5 tahun. Kos bagi kerja penyenggaraan biasa kereta Proton adalah dari harga RM200 sehingga ke RM500 setahun tertakluk kepada penggunaan dan tingkah laku pemanduan kereta.

Lebih dari 60,000 unit Proton Perdana telah dijual sejak ianya berada di pasaran dan sehingga kini lebih kurang 10,000 unit Proton Perdana dijual setahun. Kereta itu laris di pasaran kerana harga kereta dan kos penyenggaraan yang berpatutan.

Dengan adanya birokrasi pendaftaran di Jabatan Kerajaan bagi pemilik bengkel terutama wakil pusat servis Proton Edar membataskan bengkel yang cekap dari menyenggara dan memberi sebut harga yang lebih rendah dan berpatutan untuk kenderaan kerajaan. Pendaftaran wakil Pusat servis Proton Edar Yang memang dibawah naungan Kerajaan di Jabatan-jabatan Kerajaan adalah tidak berfaedah kepada mana-mana pihak dan hanya menggalakaan budaya sogokan, kata Armin. Kita seharusnya bersama memikirkan langkah-langkah membanteras masalah ini dengan menghapuskan pentadbiran birokrasi yang telah terbukti di 3 negeri kehadiran budaya sogokan dan tidak kompeten.

sumber: http://arminbaniaz.com/

0 comments: