Thursday, April 13, 2006

Jakarta 3

Alhamdulillah

Semalam sudah sempat ku ketemu sama bapak Andre. Dia cukup baik orangnya. Sebenarnya janji ketemu sama dia pada jam 9 malam. Namun, lecturer nya pulang awal seawal jam 8 malam. Namun oleh kerna janji ketemu sama aku, dia sanggup menunggu selama satu jam. HAHAHAH!! Pada awal bicara, katanya, dia sanggup menolong kita untuk merealisasikan impian kita ke Jakarta. Namun ada sedikit penambahan. Mungkin kerna bapak Andre sudah bisa di Bandung dan oleh kerna kesibukan jalan raya di kota jakarta dek kerna mobil yang begitu banyak, kita akan lebih menumpukan percutian ke bandung.

Antara tempat yang bakal kita lawati ialah;

  1. TVRI, Jakarta
  2. Kompas, Jakarta
  3. Jakarta Post, Jakarta ; dan
  4. Universitas Indonesia, Jakarta


Selain itu, Bapak Andre juga ada mengusulkan beberapa tempat-tempat yang ideal untuk dilawati. Antaranya;

  1. Trans TV, Jakarta
  2. SCTV, Jakarta
  3. Universitas Padjadjaran, Bandung
  4. akhbar Pikiran Rakyat, Bandung
  5. gedung-gedung besar di jakarta dan bandung


Mengikut kata Bapak Andre, amat sesuai kita mengunjungi tempat-tempat sedemikian kerna,

  1. Trans TV merupaka TV swasta yang baru namun paling cepat berkembang di Indonesia
    SCTV merupakan stesen TV swasta yang bagus dari segi kapasiti serta dari segi journalistiknya.
  2. Universitas padjadjaran, kerna ia mempunyai fakultas komunikasi tertua dan terbaik di Indonesia selain bapak Andre sendiri merupakan bekas pelajar U Padjajaran.
  3. Pikiran Rakyat merupakan akhbar tempatan (Bandung) yang terbesar di Indonesia. Ia mempunyai sekulasi yang besar sehingga semua pelusuk tempat di Kota Bandung.
  4. Kota Bandung juga merupakan surga membeli belah bagi para pelancong. Jadi moleklah kiranya jika kita sama-sama menghabiskan uwang rupiah di kota bandung selain di kota jakarta.

Selesai saja perbincangan aku bersama Bapak Andre, aku sempat bertanyakan sebab mengapa dia memasuki UiTM, jawabnya, dia pun enggak pasti. Selain itu, Bapak Andre juga mencerikatan pengalamannya membawa pelajar-pelajar dari Universiti tempatan M'sia) lain seperti UKM ke Indonesia. Rupa-rupanya, dia memang berpengalaman dalam industri perlancongan atau industri perliburan ini. Oleh itu, kalian semua tidak perlu risau akan tanggungjawab bapak Andre sebagai pemandu pelancong nanti kerna aku percaya dia sudah berpengalaman.

Perbincangan kami selesai di Perindu Inn.

Untuk makluman semua, tarikh lawatan kita ini belum ditetapkan, namun mengikut perancangan, ia akan diadakan pada minggu kelapan semester hadapan iaitu bersemperna cuti mid-semester. Seramai 30 orang mahasiswa yang terdiri daripada;

  • 20 budak journ
  • 10 budak dari sekuen lain (broad, pr, pub dan adv)

dan 2 orang lecturer

Sila berikan feedback untuk membantu gue, kerna sesungguhnya feedback loh semua amat berguna dalam gue merencanakan perancangan ini.

-bersambung-

"Malaysia Truly Malay"
"Takkan Melayu Hilang Di Dunia"

0 comments: