Sunday, January 20, 2008

Motivasi Diri

Setelah hampir 2o hari bergelar wartawan kewangan dan economi, banyak yang aku dah belajar, banyak sangat sampai x boleh nak kira. Tidak dinafikan, sememangnya aku berbangga kerana dah dapat banyak byline, tapi itu semua bukan lagi menjadi perkiraan. Aku juga memang berbangga dengan rakan2 aku yang lain, mereka juga mendapat pendedahan yang tersendiri.

Bagi aku, pendedahan yang cukup unik dan exklusif mengenai dunia korporat , business dan ekonomi yang aku terima dari TMR masih belum mencukupi. Lantas aku xkan terus mengalah, malah terus melangkah mencapai apa yang aku cita-citakan.

Memasuki minggu ketiga telah memjadi sesuatu yang mencabar buat aku. Aku masih belum boleh bertutur dalam "bahasa" asing ini. Memang ia mengecewakan aku. Tapi setelah aku mendapat nasihat dari Wah Foon (editor corporate) dan En Halim, aku rasa aku di garisan yang betul. Mungkin agak mengambil masa, namun aku harus bersabar kerana ini bukan kerja dan mudah. Ini merupakan "bahasa asing" yang baru aku pelajari.

0 comments: