Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai membalas jasa Tun Dr. Mahathir Mohamed yang telah melantiknya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2002 lalu, dengan meletakkankan Mukhriz Mahathir sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Jerlun.
Keputusan Pak Lah untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Jerlun jelas memperlihatkan trend "membalas jasa" yang sama yang telah dilakukan oleh Dr. Mahathir sewaktu melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Untuk rekod, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Abdul Razak yang juga bertanggungjawab membawa beliau kembali ke arena politik setelah disingkirkan oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO dahulu.
Sementara itu, Mukhriz mempunyai peluang yang cukup besar untuk memenangi kerusi tersebut kerana "Kelaurga Mahathir" masih mempunyai pengaruh yang besar di negeri jelapang padi tersebut.
Pada masa yang sama, Pak Lah juga telah melantik anak menantunya, Khairy Jamaluddin sebagai calon Parlimen Rembau.
Khairy juga mempunyai track record politik yang cemerlang dan agresif dilihat mampu untuk memenangi kerusi dari Negeri Sembilan tersebut.
Kini hanya masa yang menentukan, siapakah yang bakal terpilih untuk memegang apa2 jawatan dalam kabinet kelak!!
Friday, February 22, 2008
Pak Lah balas budi?
Posted by shafizanjohari at 6:29 PM 3 comments
Labels: Politics
Wednesday, February 20, 2008
Still Dissapointing
Hari ni dah 20 February. Dah 1 bulan 20 hari aku intern kat TMR. Tapi masih lagi buat silap. Kadang2 aku rasa fedup la. Tiap2 hari aku buat silap and masih x boleh nak learn from my mistakes. Cuba bayangkan, di UiTM dulu mmg aku cepat tangkap. Org ajar aku, kejap lagi aku dah boleh buat, tapi kali ni, ntah pasal apa aku jadi "LEMBAB" sangat. Tak boleh nak faham2!! Tapi ini bukan aku x suka intern kat TMR, cuma aku tak puas hati and fedup dengan diri sendiri. Ntah spirit apa la yg drive aku sampai hari ni. Tapi xpa, aku masih ada banyak story lagi nak cover.
Recently, aku banyak ditugaskan untuk cover mengenai industry halal negara. Sampailah ke penternakan lembu pun aku cover. So, boleh kira aku dah nince kat area ni. Itu je la yg buat aku happy. But other than that, still dissapointing.
But what can really aspect? Im still new and im just an intern!! So any comments??
Posted by shafizanjohari at 1:25 AM 2 comments
Tuesday, February 12, 2008
Aku "LIVE" di TV!!
5 Feb lalu aku muncul secara lansung di TV9. Klu missed, ni dia dia punya recording. Ehsan TV9.com.my!!
Posted by shafizanjohari at 10:27 AM 1 comments
Pirana serang Malaya!!
Pernah tgk citer pirana x?? citer Hollywood yg dah tunjuk kat TV beberapa dekat lalu!! Ni ada story from Utusan, yg mmg agak gempar. Agak2, org nak pg lagi x kat Sg Tembeling lepas ni??
Nelayan cedera diserang pirana
JERANTUT 11 Feb. – Seorang nelayan cedera di kaki akibat diserang sejenis ikan yang didakwanya daripada spesies pirana di Sungai Tembeling dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku ketika Adanan Nipah, 54, hendak melepaskan ikan tersebut yang terperangkap dalam jaring yang dipasangnya di sungai itu di Kampung Tempan, Hulu Tembeling dekat Kuala Tahan kira-kira pukul 10 malam.
Dia mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.
‘‘Ikan pirana itu menggigit kaki kanan saya secara tiba-tiba ketika saya hendak melepaskannya daripada jaring menyebabkan kaki saya luka dan bengkak.
‘‘Saya bertindak pantas mengambil penyauk ikan untuk menangkapnya dan memasukkan ikan itu ke dalam bekas polistirena,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD.
Adanan juga terkejut kerana beberapa ekor ikan spesies yang sama di dalam sungai itu kemudian bertindak menerjah bahagian badan bot gentian kaca miliknya.
‘‘Saya sungguh hairan bagaimana pirana itu tiba-tiba bertindak ganas kerana sebelum ini belum pernah terdengar kejadian serangan ikan itu terhadap nelayan di Sungai Tembeling,” katanya.
Dia percaya pembenihan spesies pirana sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi di sini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.
‘‘Ikan pirana itu mungkin terlepas dari kolam ternakan berdekatan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang ketika banjir melanda kawasan ini Disember lalu,” katanya.
Adanan melahirkan kebimbangan spesies Pirana itu akan mengancam pembiakan ikan air tawar yang lain.
Dia yang menjadi nelayan sungai sejak 30 tahun lalu berkata, ikan Pirana boleh dimakan tetapi rasanya tidak sedap kerana ia bukan berasal dari sungai air tawar negara ini.
Katanya, ikan tersebut juga kurang mendapat permintaan di pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan dan pasar bandar Jerantut apabila ia dijual dengan harga hanya RM2 hingga RM4 sekilogram.
Posted by shafizanjohari at 9:51 AM 0 comments
Sunday, February 03, 2008
Business reporting for dummies - a continuation!
Cis dah lama aku x blog. Malas, penat dan most importantly xda masa. Ok aku nak sambung tips untuk "Business reporting for Dummies"!!
1. Sabar la dengan OC atau editor ko... yelah, benda2 business ni bukan nya ko pandai sangat. Pastu bila sampai waktu ko nak brief OC ko, dia plak nak buat soal siasat. HEheh... cam pesalah masuk kandang pesalah kat mahkamah or cam kena question dalam lokap!! hehe. Tapi besa lah ... jawab je la bila dia nak tanya apa2. Kalau ko xtaw apa yg dia tanya, ko cepat2 tepon PR yang sedia menanti.
2. Becarefull pada setiap Isnin.
Bagi aku hari isnin merupakan hari MALANG... ada je la yg tak kena. Kena marah ke, terpelecot ke... ape2 jelah , semuanya hari Isnin. Dah la malas nak g kerja hari isnin!! So kesimpulannya, kena extra tabah hati setiap Isnin OK!!
3. English - English - English. Tak langung berniat untuk aku mengagungkan bahasa asing. Tapi bahasa ni penting la... Aku yang dapat Band 5 ni pun masih dikategorikan dalam average... so fikir2kan ....
4. Berkawan la dengan semua orang. Tak kesah la...senior hang ka, editor ka.. wartawan the edge ka, bernama ka, kosmo ka, semua la. dan pastikan hangpa amek no tepon depa.
5. Jangan berheti belajar. Jangan putus asa.
Why??, pasal klau nak cakap pasal putus asa, tiap2 hari aku putus asa. Tapi tabahkan hati gak, baca bebanyak sikit pasal business2 ni. So far, tahap keputus-asaan aku dah berkurangan. Kadang2 frust tu ada la. Tapi bila esok p office, then tengok byline sendiri, rasa dah tak putus asa. Tapi putus asa balik bila dah petang2, time peak hours, waktu nak kena submit stories... hehe
Posted by shafizanjohari at 3:08 PM 1 comments
Sunday, January 20, 2008
Tips nak jadi wartawan (walaupun practikel je)!!
Bagi mereka yang berminat nak jadi wartawan business (macam aku) .... at least ni yang depa kena ada...;
1. Penguasaan bahasa inggeris.
Bahasa Ingegris merupakan lingua franca dalam dunia korporat dan bisnes. Sememangnya, setiap kali aku keluar tugasan pun, bahasa inggeris tetap digunakan walaupun kita ini orang melayu. Jadi tanpa penguasan Bahasa Inggeris, seseorang itu agak sukar untuk mendapatkan berita sama ada melalui PC ataupun dari interbiu. Ucapan-ucapan pun dalam bahasa inggeris. Press release pun lagilah dalam Bi. So be prepared. sekiranya anda ingin menjadi wartawan bisnis, bahasa inggeris seharusnya di hujung bibir anda.
2. Be open minded
Bila sahaja kita memasuki bilek berita, kita akan menemui banyak benda2/perkara baru. Benda2 yang kita x penah dengaq atau jumpa kat masscom Broker's call contohnya. Broker's call merupakan satu call (pemberitahuan) dari pihak broker saham. Media harus menterjemah call ini kepada news untuk dicernakan kepada pembaca. Memang kita x pernah dengar atau lihat broker's call ni, dalam kelas business and financial reporting pun , maybe xde, pasal aku x ingat penah belajar benda ni.
Kita juga akan didedakkan dengan pelbagai benda2 baru, market share, equity, profit and loss, merupakan benda2 biasa yang harus diketahui oleh mana wartawan business. Projection, fund, financing bla2... and the list goes on and on and on....
So bagi menangani masalah ini, kita haruslah be open minded , dan bersedia untuk menerima dan belajar. sehingga sekarang (3 minggu) dalam news room TMR, aku masih merangkak. Memang dah banyak byline aku dapat, tapi masih lagi merangkak. so kena open minded la.. merangkak pun merangkak la... lama2 nanti berdiri la.!!
3. PR kena bagus dekk!!
Dunia korporate ni memang banyak berurusan dengan PR. Pr2 ni sekenal2 aku, x penah sombong, humble je setiap masa dan bersedia untuk menolong kita. Oleh yang demikian, kita pun kena lah berkawan dan berbaik dengan PR2 ni. Nescaya, one day we might need their help.
Kita juga kena ada PR skill yang tinggi, bukan saja PR kena ada Pr skill, tapi wartawan pun kena ada gak. Skill pr ni sememangnya diperlukan untuk kita establish contact dengan ceo2, datuk2 datin2 dan lain2 lagi.
to be continued!!
Posted by shafizanjohari at 1:57 AM 0 comments
Motivasi Diri
Setelah hampir 2o hari bergelar wartawan kewangan dan economi, banyak yang aku dah belajar, banyak sangat sampai x boleh nak kira. Tidak dinafikan, sememangnya aku berbangga kerana dah dapat banyak byline, tapi itu semua bukan lagi menjadi perkiraan. Aku juga memang berbangga dengan rakan2 aku yang lain, mereka juga mendapat pendedahan yang tersendiri.
Bagi aku, pendedahan yang cukup unik dan exklusif mengenai dunia korporat , business dan ekonomi yang aku terima dari TMR masih belum mencukupi. Lantas aku xkan terus mengalah, malah terus melangkah mencapai apa yang aku cita-citakan.
Memasuki minggu ketiga telah memjadi sesuatu yang mencabar buat aku. Aku masih belum boleh bertutur dalam "bahasa" asing ini. Memang ia mengecewakan aku. Tapi setelah aku mendapat nasihat dari Wah Foon (editor corporate) dan En Halim, aku rasa aku di garisan yang betul. Mungkin agak mengambil masa, namun aku harus bersabar kerana ini bukan kerja dan mudah. Ini merupakan "bahasa asing" yang baru aku pelajari.
Posted by shafizanjohari at 1:42 AM 0 comments
Sunday, January 13, 2008
Yang terjumpa kat Internet
Orang nya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes toquarrel tapi jujur dlm segala hal...Tips utk memikat: Senang aje..Libra sukaperempuan yg ceria, happy go lucky..SO be urselfWARNING: So bila nak date..makai lah make-up yg sederhana..tapi jgn lupacover-up pimple jika ada..a big turn off for Libra pasal diorang ingatdiorang nie semua hensem coz Samy Velu pon Libra jugak tapi tak hensempon...
HAHAH...
Hari ni hari ahad. so ... ada la 2-3 orang masuk office, including aku. so inilah keadaan ofc TMR pada weekends.
NI gambaq aku masukkan lagi.
sunyi kan....kosong je meje2. xde orang nak duduk.
Ni meja aku. hmmm... tersusun rapi kan. Maklumlah, hari ni xde kerje.heheh
Ni plak, telefon direct line aku. Bole le klu nak call2 aku guna direct line ni. nak email aku pun bole: khairol.shaf@themalaysianreserve.com
More pics coming up today!!
Posted by shafizanjohari at 2:01 PM 0 comments
Friday, January 04, 2008
Saya Wartawan (practical je!)
Hari ni masuk hari ke3 aku di TMR. Alhamdulliah. Hari pertama disambut baik oleh semua staf dan mendapat tugasan pertama aku. Aku kena process press release dan telah dicetak di akhmar TMR keesokkan harinya.
Hari kedua aku ditugaskan untuk membuat liputan tentang perasmian satu mutual fund di KL. Yang menakjubkan ialah, aku ditugaskan berseorangan, yakni tidak mengikut mana2 reporter. Dan story itu keluar di page 2 hari ni.
Hari ketiga pula aku ditugaskan untuk ke satu mesyuarat luar biasa salah sebuah syarikat pembinaan utama negara, juga di ibu negara.
Alhamdullilah, oleh kerana tugasan-tugasan luar inilah, aku dapat save kan sikit duit untuk memuaskan nafsu makan tengahari aku. Tapi wang kelaq, wang masuk, aku pun kena spend lebih pasal nak kena p kl. so kena lah naik LRT,monorel, rapid dll. sedey!!
So far, pengalaman 3 hari aku sebagai wartawan business adalah amat positif. Confidence aku makin naik dan aku telah bertukar menjadi seorang yg lebih berhati-hati. Maunya tak, semua story aku melibatkan number ... bukan sikit, tapi berbillion2. paling sikit pun, juta-juta aje.
Aku pun rasa lebih rendah diri kerana merasakan banyak benda lagi yang perlu aku belajaq. Terlalu banyak. Yelah ... business dan economi ni bukan bidang utama aku.
Pastu, aku rasa meybe aku bole lebih kurus. Nak tau pasal apa... pasal aku kena jalan banyak. Macam hari ke2 tuh, aku sesat nak pi tempat asgn tuh. Eh sesat, tapi silap jalan.
bye.
Posted by shafizanjohari at 6:30 PM 3 comments
Wednesday, January 02, 2008
Lagi 4 jam
Lagi empat jam aku akan punch card pertama aku!! TMR akan merasakan jejak kaki aku pada pukul 9.30 ini. Namun masih aku tak bole tido. Nath pasal apa, semalam dah tak insomnia. Hari ni dapat insomnia lagi. I NEED HELP!! Doakan kejayaan aku pagi ini, ok. SALAM.
p/s- aku akan bersiaran secara lansung insyaAllah dari TMR via blog semasa office hours nanti. Pics coming soon. My blog is so dull without pics, dont u think so?
Posted by shafizanjohari at 5:11 AM 0 comments
Tuesday, December 18, 2007
Cuti Terakhirku....
Cuti semester kali ini ku kirakan sebagai cuti panjang terakhirku. Lepas 2 Januari 2008 nanti, aku bakal menjejakkan kaki ke dalam arena kerjaya, yang sememangnya amat terkenal dengan sifatnya yang "kedekut cuti". Lainlah kalau aku jadi cikgu, tapi mustahil, baik aku sambung masters pastu jadi pensyarah, drp terseksa jadi cikgu!!
Sorilah pasal aku pun dah lama x blog. Ini pun aku blog kat dlm KFC pasal ada WIFI free. Aku punya Internet Celcom dah aku terminate, pasal dah tak mampu nak bayaq. Yelah, dulu aku perlukan internet pasal nak buat thesis, la ni, thesis pun dah siap, markah pun dah dapat, nak buat apa lagi mobile internet kan??!! Kalau takat nak blogging ni...kat KFC pun bole...Klu orang lain boleh online kat Starbucks, aku KFC...kelas....
Cakap pasal result... sememangnya aku dah redha. Walaupun aku dapat banyak A...(paling banyak dalam sejarah aku) tapi pasal kelekaan aku, aku gagal mengekalkan CGPA yang baik... sedih tapi nak buat cam na, benda dah jadi...bukan aku ada time machine cam doremon nak ubah balik benda yg dah jadi. So redha dan sabar. Bak kata Helmi, "Tak bermakna kalau gagal sekali akan gagal selamanya, tapi hang tuh gagal pasal tak p exam, BODOH!!". heheh, aku pun gelak bila ingat balik kata-kata Helmi tuh.
Oh ya... aku pun ada gak call-call eddy, tanyakan khabar... alhamdulillah, dia sihat dan stabil. So kita banyak2 doa ramai untuk dia ok!! Insyaallah, nnti aku minta Ku aturkan majlis semahyang hajat, so nnti aku contact korang (BJ6B), ok!!
So sekarang aku dah komfem start keja dgn TMR 2 January nnti, so nntikan la kemunculan byline aku yek! (The Malaysian Reserve boleh didapati di semua kedai2 suratkhabar dan majalah serta kedai serbaneka terpilih, harap maklum!)
Posted by shafizanjohari at 5:50 PM 0 comments
Sunday, December 02, 2007
Get in Touch!!
Internet Celcom kat umah aku mlm ni memang slow nak mampus, ntah pasal apa. Btw, dah nak masuk 5 hari aku ada kat alor staq ni. so far, xda menda sangat yg aku buat kat umah pun. Cuma tadi aku p keluaq dgn su and bal, buat planning nak pi bbq dgn member2 PKSN yang lain. Aku mmg dah lama menyepikan diri dengan member2 PKSN ni. tapi depa still keep in touch sesama depa.
Soal kes keep in touch ni, mmg aku fail sket. Contohnya, aku dengan member2 kat st. michael dulu pun dah lama x contact, especially budak2 yang satu kelas dengan aku. Yang last skali aku jumpa, waktu mlm Syarikin nak kahwin-tu pun depa yg ajak lepak kat Nasmir Spg Kuala.
Sama juga dengan member2 aku waktu OPKIM dengan bebudak ITM Penang last sem... langsung x keep in touch. Dengan family angkat pun lansung x contact. Geng2 sekelas aku kat Kolej pun sama gak. In fact ada yg aku dah lupa nama and rupa depa!!
Baru aku sedaq yang aku ni...malas nak keep in touch dengan orang. Aku hanya keep in touch baik dengan orang2 yang rapat dengan aku, or orang2 yang ada di sekeliling aku sahaja. Aku pun x ada extra effort nak sms untuk tanya khabar org2 yg dah lama aku contact.
Kadang2 aku malas nak join member2 aku lepak kat luaq... ntah jadi cam na ntah... jadi malas. (For some reason, hanya ashwad paham!!)
Pastu lani aku lagi malas nak kluaq rumah... pasal xda mood nak kluaq. Yelah, after wut happened to me and Ku recently, mmg aku malas langung nak buat apa pun!!
SO APA KERJA AKU KAT UMAH?? As you all know, TIDO!! tapi diselitkan dengan main internet (yg slow siput babi), tgk tv,baca novel isa kamari yg buat2 sedey (CEH!!) and habiskan readers' digest yang mak aku subscribe!!
Actually aku tingin gak nak tulis buku...tapi x tau apa nak tulis, tajuk apa? subject apa?... aku dah bincang dengan Bal dah...pasal dia pun ada cakap ngan aku dulu yang dia berminat nak menulis, so aku pun bagi la idea ni (pasal nak tulis buku) kat dia. So far, bal pun jadi cam aku, xda idea.!!
So ... bagi mereka yang di luaq sana... ada idea?? share lah!!
Posted by shafizanjohari at 5:52 AM 0 comments
Saturday, November 24, 2007
Pathetic
OK...i have all day to write a publish a post. But I dont know what to write...pathetic ait?? Hmm..
Posted by shafizanjohari at 8:52 PM 0 comments
Thursday, November 22, 2007
Walaupun sad, tapi ending yang baik...
Aku ke The Malaysian Reserve (TMR - I hope this acronym does not spoil the branding!!) di Section 13 PJ dan bertemu dengan editornya, Encik Halim petang tadi. Well, it is a small newsroom compared to RTM or maybe any other big organization and the staff also is not that ramai but it is "ok". Alhamdullilah, aku akan start training kat
Btw, the editor has a very high expectation on me and I hope I am up to the standard as he always mentioned that his reporters are very hardworking and never needed to be asked to do things...., to work I mean!!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Well I looked at the mirror and did my self-reflexion. The things happened to me recently really change the course of my life. Before, it always been smooth but I took it for granted... After things happened, then I realized, life doesn't always goes as planned. It had it sourness and the sky will never stay blue, because it will turn dark sometimes.
Things happened to me and things happening to Eddy really knocked my head and woke me from my sweet dreams.
After seeing En Halim at the newsroom, he sent me off to Asia Jaya LRT station and then I ran as quickly as possible to Pudu to say good bye to Eddy. I do not know when can I meet him again. So after the good-bye hug, I went back up to the terminal and started to remember my early times in UiTM. And started to shed my tears sambil terus kawal macho...
You know what, and maybe, most of you do not know, living and staying in my faculty is a "harsh" survival. Bukan calang2 orang boleh survive dalam fakulti ni. Put aside the mountains of assignments, the most challenging is the "people"!!
What I can summarize is that during my first semester here.... Everybody, including me, trying not to be hypocrite and trying to be ourselves but in the end "we" end up being "show-off". Showing off that we are "urban" and not "KG dot", or .... talking in the language that we don't really understand-loghat KL I mean. Trying to get along with our click or in-group, with our own identities which finally...do not matter anymore - (actually it is not suppose to be "we" but the subject is "ME"... tapi klu tukar subject, bunyi cam x sedap...)
Bak kata pepatah... plastik
Tapi, bila tiadanya plastik maka...perpecahan dan pergaduhan mula berlaku...
Bila semuanya dah berakhir, lepas habis semester ke5, aku kira walaupun ia sad ending, tapi ending yang baik.
p/s
I dun wanna talk about my Academic Writing...tension je.
Posted by shafizanjohari at 6:03 PM 2 comments
Sunday, November 18, 2007
Resurection
No mood to blog.
No mood to eat.
No mood to sing.
No mood to live.
STRESSED
But life must go on!!
So... I cant wait to see mine and my friends' bylines in the local newspaper soon. For those in Jabatan A/V Bernama and TV9 News Department, make sure you stay close with the camera... So that you can get your face in the tv too!! (Ye la dah jd BJ, mana ada byline!! so kena la tinggalkan trace kan...)
+ + + + + + + + + + + + + + + + +
Im still not sure whether to start my "so - called" job at The Malaysian Reserve (TMR) on December or January. There are many considerations to make!! Haiyahhh... (STRESS lagi).
Posted by shafizanjohari at 3:10 AM 1 comments
Labels: muerto
Wednesday, October 31, 2007
Month of Birthday
Before we end this month, the month of October, I would like to wish a very happy birth-month (if not birthday) to Nor and Ashwad. (U both do not know each other, never mind nanti kite kenal kenal kan) and most importantly ... HAPPY BIRTH-MONTH to me!!
p/s: also forgotten, happy bufday to RASHID!!
Posted by shafizanjohari at 4:21 AM 1 comments
Labels: ucapan
Thursday, October 25, 2007
Dr. Faiz pun x kalah!!
U r not gonna believe this!!!! check this out man, u sure recognize this guy....
Cuba tgk kat line number 2 dari atas, gambar yg paling kanan sekali....
Jeng3...inilah Dr Faiz Khaleed kita yg nak jadi angkasawan kedua malaysia (insyallah). Gambar ni diambil pada tahun 2005. Tak sangka kan dia bole tercalon sebagai 50 most eligible bachelor by the CLEO magazine.
Nampaknya bukan Dr. SMS je la yg boleh posing, Dr. Faiz pun bole gak!!
Posted by shafizanjohari at 7:06 AM 0 comments
Pukul 5 pagi...
Aku rasa cam x sedap hati. Cam sumthing wrong is happening or going to happen!!... haih!!!!!
+++++++++++++++++++++++++++++++
Tapi xpe la. Kali ni aku nak share satu lagu klasik yg baru2 ni aku aku minat. Ni semua pasal pak cik aku yg duduk kat Seksyen 13 tu la. Dia ada beli CD compilation Sudirman. And on of track entitled "Bercanda Di Pasiran Pantai". Dulu waktu kecik2 dulu, I found it quit sexy and sumhow lucah, tapi sekarang... cam best giler. Aku masuk Youtube, dok asyik replay je lagu tu.
Aku paling suka dia punya lirik. Puitis giler. Tapi sejak bila aku jadi mamat puitis ni??!! Btw, ni dia punya video klip.
( L: )
Bila tiba di pasiran pantai
Ombak menuju pantai merindu
( P: )
Bila tiba waktu untuk kita
Melafazkan rindu yang bergelora
( L: )
Sayangku aku rindu akan harum rambutmu
Berjurai bagai bayu/layar di langit biru
( P: )
Sayangku aku rindu akan belai tawamu
Semerdu bayu yang lalu huu...
( L: )
Cintamu sehebat laut yang luas
( P: )
Sesegar ombak yang memutih
( L: & P: )
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia
( L: & P: )
Bercanda di pasiran pantai
Kita bersama memadu asmara
Cinta setia ( pasiran pantai)
Posted by shafizanjohari at 4:56 AM 0 comments