Friday, January 13, 2006

Hari Raya Korban

First time aku beraya kat luaq Aloq Staq. Mula-mula cam tak best. Dok teringat kat kampung halaman aku tuh. Tapi sebenarnya beraya kat Shah Alam nih or Klang Valley nih tak kurang meriahnya. Ini kerana, cuti raya korban hanya satu hari, jadi ramailah di antara warga kota yang tidak dapat pulang beraya dan merayakannya di sini (termasuklah aku!!).

Malam raya aku habiskan masa bersama Badio dan Bengy kat Kolej Perindu. Badio tuh org Serawak, tuh sbb dia tak balik. Serawak kan jauh... Lebih sayu dan pilu pula bila dia sering teringkatkan keluarganya yang baru mengalami kematian ahli keluarga. Buat pengetahuan anda, datuk Badio telah pergi buat selama-lamanya dua hari sebelum hari raya korban. Sedih aku tengok dia. Bengy plak tak balik pasal dia nak beraya bersama kakak dan abg dia yang menetap kat KL. Walaupan kampung dia tuh dekat ja...kat taiping, tapi dia kata dia tak mau tinggalkan kakak ngan abg berdua ja kat sini.

Sebenarnya, tidak salah untuk aku menunaikan solat sunat aidiladha kat Pusat Islam UITM, namun pak cik aku nak kami semua sembanyang sama2 kat masjid shah alam. So aku kena siap awal2 la sket. Aku bangun pada pagi raya pada pukul 6.30 pagi. Setelah selesai semua kewajiban ku, aku terus bersiap sedia dgn baju raya thai silk warga ungu yang mak aku beli waktu raya aidilfitri dulu. Abg aku nak datang amek aku kul 7.15.

Setelah sampai ke rumah pakcik (seksyen 13) aku tunggu diorang semua siap2. Kitorang bertolak pada pkl 8.00 dan sampai kat masjid lebih kurang 10 minit kemudian. Aku dan Ami, sepupu aku semanyang kat saf depan. Betul2 manghadap mimbar. HEHE... actually kitorang datang agak awal tau, coz saf depan time tuh masih tak penuh lagi.

Apa yang menarik perhatian aku ialah, masyarakat kita yang masih kurang sifat sivil awareness. Actually tempat aku dgn Ami duduk tuh berbelakangkan laluan VIP. "Red carpet" kata kan.... So adalah sorang mamat nih ditugaskan untuk menjaga laluan tersebut. Masalahnya ialah, carpet tuh kalau ramai sangat orang pijak dia akan jadi tak lurus. So mamat ni kena la peluruskan red carpet tuh setiap 5 minit. Paling kesian, bila orang ramai mula duduk atas carpet merah tuh. Time tuh VIP tak mai lagi. HAiyaa... diorang ni tak faham ka?? carpet tuh untuk laluan orang2 kenamaan (EXCOs and MB - YAB DS Dr. Khir Toyo) awat yang depa pih duduk ataih tuh!!! Selain warga tempatan, yang duduk ataih red carpet tuh sebilangannya merupakan warga Indon... yang warga indon tuh tak leh nak salahkan depa la... coz maybe diorang tak ada exposure dalm benda2 protokol and sivik awareness nih semua. Tapi bukan semua yang duduk ataih karpet tuh org indon, org malaysia pun ramai.!!

MB Selangor YAB DS Dr. Khir Toyo datang sejurus sahaja takbir selesai dan ketika itu para jemaah sedang mendengar arahan drp imam cara2 menunaikan solat sunat aidiladha. (Actually aku nak cakap MB mengelat dr membaca takbir ... OOpppsSS...) sorry no offence datok. I knew u came earlier.... but....hhmmmm you just didn't wanna enter the masjid coz you have something urgent to attend to... right??!!

Selesai sembahyang, aku pulang ke rumah pakcik dan sempat juga aku tolong makcik meyediakan juadah raya. Turut mengunjungi rumah pakcik merupakan kebanyakkan saudara-mara yang tidak dapat pulang beraya. Termasuklah Tok Ayah Lim and Tok Ayang Tib. Uncle Boboy pun ada gak. Actually aku suka chit-chat ngan uncle boboy. He is a photographer in karangkraf. So, dia adalah sket-sebanyak knowledge dlm journalism nih. Btw, actually aku pun minat fotografi. Aku sempat minta pinjam majalah fotografi. dia kata nanti dia akan hantaq. HEHE... Kalau nak n beli sendiri, mampusla... satu majalah tuh dah berbelas2 ringgit. Nipis plak tuh.!!

Kebanyakkan saudara-mara yang bertandang tidak datang dengan tangan kosong. Diorang pun bawa banyak jaudah. So apa lagi.... makan je la kerja aku...HEHEH tp jgn risau, aku akan mulakan sesi workout aku kat gim esok. Bengy akan jd coach aku.

Dalam erti kata lain... best la gak raya kat sini. Walaupun tak se best kat kedah. You know, people don't really like changes. Btw, I wonder apa yang jadi kat Badio and Bengy.. hmmmm.... takpe lah.. nak buat cam ne. dah ajak badio tp dia x nak ikut. dia cakap dia malu.

0 comments: