Sunday, January 08, 2006

Pengalaman Waktu Hujan

HUH!! Ini first time aku guna blogspot. HAHA... aku sbenarnya ada pengalaman best nak aku share ngan korang sume... ceritanya bermula ....

Lepas je semanyang jumaat, aku lepak ngan budak siam sebelah bilek aku tuh. Lepas kul 3.30, aku minta nak blah dulu, coz aku nak pi tidoq. Ptg tuh aku ada kelas ko-k Pengucapan Awam kat Fakulti Hotel Management.... Aku bangun dr nap yg indah kul 4.45 ptg. Pastu gi mandi, and then Ipul antaq aku pi hotel coz dia pun on da way nak amek gf nya...
Nak dijadikan cerita, lepas saja kelas ko-k, lebih kurang kul 6.35 hujan turun bukan main lebat. So aku pun redah gak lah hujan sampai ke bus stop seroja. Pastu aku try tunggu kat situ, kot2 la ujan nak berhenti. Coz jarak dr kolej seroja ngan kolej perindu kan dekat. Aku plan nak balik jln kaki je... Aku tunggu punya tunggu punya tunggu.... hujan tak reda-reda lagi, makin lebat ada lah!! So aku pun nekad nak naik bas.

Lepas bas sampai kat bus stop tuh, bus tu pun terus ke bus stop sterusnya, kolej jati. Sampai ja kat bus stop kolej jati, dah ramai dah budak2 yg tunggu bas basah lencun. Bila pak cik driver tuh buka ja pintu bas, dia cakap "bas nih sampai mawar ja... pak cik nak pi smayang" ... haaahhhhahah..... aku mengalami ketensioanan ketika itu, tp aku try relek!!
Aku amek keputusan untuk teruskan perjalananku ke kolej mawar. Sampai ja kat bus stop mawar, aku turun bersama penumpang2 lain. Trus aku berlari dari bus stop ke dataran cendekia untuk mencari tempat berteduh!. Setelah lima minit aku berdiri kat salah satu pondok kat dataran cendekia, aku ternampak kelibat bas kuning yang menggunakan laluan UITM induk - Puncak Perdana. Apa lagi, ini sajalah harapan aku untuk pulang ke kolej tanpa terus meredah hujan.

Aku segera bergegas ke bus stop mawar dan menaiki bas kuning tersebut. Ketika itu, jam menunjukkan sudah 7.40. Bas tersebut meneruskan perjalanannya. Namun tiba-tiba, belum pun sampai di bus stop pusat kesihatan, bas tuh dah berhenti. Aku cuba tengok apa yang dah jadi. Baru aku tau, bahawa jalan utama dari pintu stor kenderaan UITM hingga ke Pusat kesihatan sudah dilanda banjir.
"HHHHAAAHAHHAHHA!!! Nampaknya, aku kena jalan kaki jugak!!!" Tapi tiba2 bas tersebut terus masuk ke dalam stor kenderaan. Sangkaan aku bahawa bas nak buat u-turn, tetapi ia benar2 meleset. Nak tau tak??!! bas driver tuh dia terus masuk ke dlm stor tuh dan kemudiannya keluar melalui gate stor yg lagi satu. Semasa bas tuh dalam stor untuk ke gate lagi satu tuh, aku dpt lihat satu bijik kereta wira dah terkandas, betul2 depan pusat kesihatan.!! Oklah... aku rasa cam best la, pasal dah nak sampai perindu.

Tanpa disangka-sanga, rupa-rupanya... masih ada halangan untuk aku sampai ke kolej aku sebelum waktu maghrib berakhir. Tiba saja di depan pajabat keselamatan, jalan utama tersebut ditutup lagi. Sangkaan aku bahawa ada pokok yang tumbang memandangkan kawasan di situ agak tinggi dan kat situ juga ada banyak pokok2 lama yang dah nak reput.
So, si driver tu pun kona lah ke dalam kawansan stadium. Aku sangkakan bas driver tuh nak terus balik ikut pintu gate seksyen 7, namun sekali lagi sangkaan aku meleset. Si driver tu terus kona memasuki padang kawat dan melalui lorong yang kecik tuh (lorong yang org pi jogging). Lorong tersebut terus membawa kami ke kolej delima. Alhamdullillah dah nak sampai. Pakcik driver itu pun terus menaiki bukit untuk sampai ke kolej perindu.
Apabila sudah hampir dengan kolej perindu, aku ke tempat duduk paling hadapan dan bagitau kat pakcik tu bhw aku nak turun. Rupa-rupanya, ada lagi masalah. Kali ini dengan pintu bas plak. Pintu tu dah tidak boleh dibuka secara automatik, aku lah yang kena tolak pintu tu sampai terbuka. Buka saja pintu tu, terus aku cabut lari sambil mengucapkan trima kasih kepada pakcik driver tersebut.

Sampai saja kolej perindu aku trus gi mandi n gi smayang manghrib. Alhamdullillah, tak yah la aku ganti smayang maghrib.!!!

p/s: Actually aku tertinggal smayang asar coz ipul nak cepat, so x sempat semanyang dlm bilek. Ingatkan nak semayang kat hotel, tapi tempat ambik wudhuk surau tu on renovation. nak cari surau lain tak jumpa. Nak pi pusat islam tak sempat coz hujan lebat tahap cipan and kilat sambar - menyambar atas kepala!! YA ALLAH gerun aku tengok kilat tuh!!

0 comments: