Thursday, November 23, 2006

Apa Ertinya?

Apa ertinnya??!! Apa aku mengarut ni? aku sebenarnya dah x da idea nak tulis "title" blog ni. Aku hentam je la apa2 yang patut!! HAHAHAH!!

Paper aku yg terakhir sem ni dah selamat aku buat 19 Nov. lepas, menjadikan aku sekarang ini secara rasminya menyambut CUTI SEMESTER!! HAHAHAH

Cuma aku x dapat balik kampung lagi pasal, biasa lah bakal VIP seperti aku ni mmg sentiasa sibuk atau setidak-tidaknya menyebukkan diri. Selain menjadi staff untuk syarikat makcik aku, aku juga sibuk dengan kegiatan ke"fasilator"an aku. Aku akan berlepas ke UUM, Sintok untuk satu perjumpaan fasilitator dari seluruh university awam di Malaysia. Lepas kursus fasi tuh, aku bercadang nak trus stay kat alor star for a couple of weeks before heading back to Shah Alam.

Btw, aku x citer kan yg aku dah kerje ngan makcik aku. laman web company www.excelsolution.com . Apa2 aku happy dengan keadaan aku sekarang.

Semester ni bagi aku yang paling best. Tolak tepi pasal kelas dan assgn yang semakin susah (the only thing yg aku x suka), aku suka dengan bilik aku kat Teratai, aku suka dengan penglibatan aku sebagai Fasilitator, aku suka dengan laptop aku, aku suka dengan kerja part time aku, aku suka dengan classmate2 aku yang makin serasi, aku suka dengan kawan2 baru baik fasi atau kat kolej atau dimana2 jua, aku suka pada persekitaran aku, aku suka pada buku-buku yang aku baca, aku suka dengan lagu yang aku dengaq, aku suka...

Alhamdullilah Tuhan bagi ni semua kat aku.

Moral of the story. Bersyukur dengan apa yang ada, berusaha untuk lebih baik.

0 comments: