Wednesday, August 15, 2007

Teknojurnalis dan kemajuan teknologi


Jeng3...aku bersama Datuk A Kadir Jasin

Sejak berabad lalu, wartawan menggunakan teknologi untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya mencetak akhbar untuk disebarkan ke khalayak ramai.

Sejak kurun ke 16 lagi, semenjak penemuan mesin pencetak Guttenberg, industri kewartawanan dunia telah banyak berkembang dan terus berkembang sehingga ke hari ini.

Kini pada era teknologi tinggi pelbagai ciptaan baru dihasilkan untuk membantu para wartawan dalam proses pengumpulan dan penyebaran berita.

Sekiranya pada era 60-an, kita diperkenalkan dengan perkataan Electronic News Gathering (ENG) seiring dengan pengenalan medium electronic seperti television dan radio untuk menghasilkan berita.

Tidak lama kemudian, kita diperkenalkan pula dengan perkataan Satellite News Gathering (SNG) yang mana teknologi SNG membolehkan kita menghantar atau menerima pakej berita luar negara.

Menggunakan teknologi SNG juga, para wartawan penyiaran tempatan yang membuat liputan ke luar negara dapat menghantar pakej berita mereka secara pantas lalu membolehkan lebih banyak berita mengenai lawatan pemimpin-peminpin negara kita ke luar negara dapat dilaporkan.

Teknologi juga banyak membantu stesen-stesen television seperti stesen television terbaru, ASTRO Awani untuk mendapatkan dan menyiarkan berita-berita terkini dan secara tidak lansung untuk bersaing dengan stesen-stesen television yang sedia ada.

Salah seorang wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail berkata penggunaan teknologi merupakan sesuatu yang amat penting terutamanya untuk mendapatkan berita-berita dari luar negara menggunakan “wire service”.

“Tanpa wire service kita akan kembali ke era 70-an apabila kebanyakkan berita dari luar negara tidak dapat dilaporkan dengan segera kepada penonton,” katanya.

Justeru, tanpa kita sedari, kebanyakkan kalau tidak kesemua wartawan di negara ini sudah boleh digelar sebagai teknojurnalis.

Manakan tidak, penggunaan computer untuk menaip berita atau menggunakan Internet untuk meng-e-mel atau mendapat maklumat merupakan rutin harian para wartawan termasuklah wartawan di Malaysia.

Sebagai contoh, wartawan akhbar arus perdana berbahasa Inggeris negara, The Star amat jarang sekali bertemu dengan editor atau penyunting berita mereka.

Jadi bagaimana mereka melakukan tugasan mereka tanpa bertemu editor? Jawapannya, teknologi.

Seperti yang diamalkan oleh wartawan di The Star, selesai sahaja menulis berita, mereka akan menghantar berita mereka menggunakan emel seterusnya akan menghubungi editor mereka sekiranya ada pembetulan yang harus dibuat.

Jadi apakan yang dimaksudkan dengan teknojurnalis? Teknojurnalis merupakan gabungan antara teknologi dan jurnalis atau wartawan.

Terminologi ini wujud untuk menggambarkan keadaan apabila seseorang wartawan itu menggunakan teknologi dalam menjalankan tugasnya sebagai wartawan.

Oleh yang demikian terminology ini bukan sahaja tertakluk kepada wartawan penyiaran, malahan kepada wartawan-wartawan akhbar.

Menurut Puan Siti Zabedah Mohd. Shariff yang merupakan tenaga pengajar kursus wartawan penyiaran dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Malaysia, agensi-agensi berita saling bersaing antara satu sama lain, oleh itu beliau berkata: “Akhbar perlu setanding dengan berita penyiaran untuk menghantar serta memproses berita”.

Oleh sebab yang demikian, tambah beliau lagi, teknologi akan dapat meningkatkan kualiti serta mutu kerja para wartawan serta hasil berita yang disediakan.

Sebagai contoh, peralihan penggunaan kamera BETA kepada kamera video definisi tinggi (HD) telah banyak membantu stesen-stesen television untuk menyiarkan visual-visual yang jelas serta menarik.

Penggunaan kamera digital berpixel tinggi juga banyak membantu untuk meningkatkan mutu gambar seterusnya menarik minat pembaca.

Dunia kewartawanan hari ini juga bukan sahaja bertumpu kepada media penyiaran dan cetak semata-mata. Sekiranya sebentar tadi, saya ada menyebut tentang penggunaan Internet sebagai alat untuk memudahkan wartawan menghantar berita kepada editor, namun realitinya dengan penggunaan Internet, maka wujudlah satu lagi medium baru dalam proses penyampaian maklumat iaitu online journalism (kewartwanan online).

Wikipedia mentafsirkan online journalism sebagai sesuatu berita yang dilaporkan dan dihasilkan menggunakan Internet serta menamakan The News & Observer di Raleigh, North Carolina sebagai perintis online journalism sejak 1990-an, jauh lebih awal dari CNN, MSNBC dan lain-lain.

Sementara itu, Dr. Rahmat Ghazali yang membentangkan kertas kerjanya dalam satu seminar mengenai blogging yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Media dan Perang Saraf, UiTM Malaysia awal Julai lalu menamakan online journalism sebagai “The Fifth Estate”.

Oleh itu, organisasi-organisasi berita di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam teknologi baru ini. Kini hampir kesemua akhbar-akhbar tempatan mempunyai versi onlinenya sendiri serta mengaut keuntungan yang banyak menerusi pengkiklanan di laman web tersebut contohnya seperti bharian.com.my dan utusan online.

Selain itu, kita juga kini didedahkan dengan teknologi weblog atau juga turut dikenali sebagai blog. Menggunakan blog, kini lebih banyak maklumat dari dalam dan luar negara boleh didapati dengan mudah oleh semua orang.

Sebagai contoh, Kevin Hot Site yang melaporkan pelbagai pelbagai isu berkenaan konflik-konflik antarabangsa. Menggunakan teknologi, penulisnya Kevin Sites mampu untuk melaporkan dengan secara mendalam mengenai isu-isu seperti peperangan di Iraq dan Afghanistan serta isu krisis kemanusiaan di Darfur secara esklusif.

Dengan menggunakan terminologi baru, backpack journalism, Kevin mampu untuk melaporkan isu-isu tersebut secara lansung dari tempat kejadian menggunakan pelbagai peralatan canggih yang dibawa menggunakan beg galasnya.

Antara peralatan canggih yang digunakan Kevin semasa menjalankan tugas ialah Sony HDR-HC1 (Camcoder Digital Berdefinasi Tinggi) Hughes R-BGAN (Modem Satelit) Palm Treo 650 GSM Mobile “Smart” Phone dan lain-lain lagi.

Kesemua peralatan ini diletakkan di dalam beg galas Kevin dan dibawa ke mana-mana sahaja sepanjang tugasannya untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas dan jelas mengenai permasalahan yang timbul.

Namun adakan wartawan di Malaysia sudah bersedia dengan teknologi-teknologi ini? Jawapannya terletak pada wartawan-wartawan tempatan sendiri, sama ada mereka sudah bersedia untuk memasuki gelombang digital ataupun masih ketinggalan dalam era analog.




4 comments:

b said...

Well said.. =)

b said...
This comment has been removed by the author.
shafizanjohari said...

hahah...

woji said...

Interesting... How about the development og ENG in Malaysia? What kind f equipment they use? dan... em, sejauh mana TV station mengaplikasikan ENG ni?