Monday, April 06, 2009

Era Ekonomi Baru

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi bahawa Malaysia kini semakin memberi tumpuan kepada perkhidmatan sebagai komponen utama pertumbuhan ekonomi berbanding pembuatan dengan keadaan kelembapan ekonomi semasa.

Sasaran berkenaan adalah bagi meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada 70 peratus daripada keluaran dalam negara kasar berbanding 54 peratus sebagai sebahagian daripada model ekonomi yang mengamalkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan yang kurang bergantung terhadap eksport pembuatan, kata Najib.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan akhbar "Financial Times" Khamis.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, mengenal pasti sektor perkhidmatan kewangan Islam sebagai bidang penting untuk pertumbuhan.

Malaysia kini merupakan pasaran bon Islam terbesar dunia. Ini berlaku selepas minat dalam kewangan Islam sebagai satu alternatif kepada model kapitalis barat, kata akhbar itu.

Barangan pembuatan kini menyumbang 72.5 peratus jumlah eksport berbanding 14.8 peratus untuk perkhidmatan. Sektor pembuatan menguncup sebanyak 8.8 peratus pada suku akhir 2008.

"Ini merupakan sebahagian daripada transformasi ekonomi Malaysia. Perkhidmatan menawarkan skop pertumbuhan yang hebat," kata Najib sehari selepas beliau mengumumkan pakej rangsangan kedua bernilai RM60 bilion.

Beliau berkata Malaysia merupakan antara ekonomi yang bergantung kepada perdagangan di dunia dan kemelesetan dunia mengkehendaki perubahan dalam struktur ekonominya.

Kerajaan dilaporkan meninjau cara untuk terus meliberalisasi sektor perkhidmatan dengan cara yang lebih menyeluruh sejajar dengan usaha yang diambil oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia dan Komuniti Ekonomi Asean kini.

Najib berkata Malaysia juga mahu mmeperluaskan sektor penjagaan kesihatannya dengan menarik lebih banyak pesakit luar negara.

Ia juga mahu menjadi pusat serantau bagi pendidikan dan eko-pelancongan.

Malaysia berharap untuk memberi lebih tumpuan kepada pembuatan nilai tambah yang tinggi dalam elektronik, bioteknologi teknologi mesra alam.

"Kami tidak lagi boleh bergantung kepada buruh murah untuk pembuatan kami," kata Najib.

Malaysia berhasrat untuk mengurangkan kebergantungannya terhad pasaran eksport tradisional di barat seperti Amerika Syarikat, dengan memperluaskan rangkaian dengan Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan China.

Mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB), Najib berkata beliau memilih pembaharuan secara beransur-ansur dalam dasar bagi membantu menyokong penstrukturan semula ekonomi. "Kita perlu menerima dasar yang dibuat untuk mengikut perubahan masa."

Bagaimanapun beliau berkata: "Kami tidak boleh mempunyai langkah drastik sehingga rakyat bersedia untuknya."

Najib berkata peraturan untuk pelaburan asing seperti kuota terhadap ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan akan dilonggarkan.

Beliau berkata DEB telah berjaya meningkatkan taraf hidup majoriti penduduk tetapi turut mengakui terdapat beberapa kesilapan dalam pelaksanaannya.

Laporan itu juga memetik beliau sebagai berkata yang beliau berhasrat untuk mengembalikan wawasan asal bapanya untuk meningkatkan kehidupan golongan miskin semua kumpulan bangsa.

Bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, merupakan perdana menteri semasa DEB diperkenalkan pada 1971.



-- BERNAMA

Saturday, March 28, 2009

Ucaptama

...bangun sebelum kita bangun. Jangan tidur sebelum kita tidur.

DSNTR...P-U

Saturday, March 14, 2009

Saya U-Wartawan. Anda pula bagaimana?

Story 1

Semester 3 di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Malaysia. Puan Siti Zabedah janji kalau siapa2 punya artikel dapat masuk media, dia akan dapat additional 5% for exam. 5% tuh, banyak tuh. Tapi Ya Allah, punya la susah nak pubish our artikel ke dalam surat khabar. Siapa nak contact, nak hantar artikel tuh kat mana?... Kualiti artikel tuh, jangan kira la, almaklumlah, time tuh aku student lagi. Sedangkan sekarang ni pun aku dok tulih tungang-langgang lagi ini kan waktu 2 tahun lepas, lagi la disaster.

So al-kesahnya, aku x dapat la 5% tambahan markah untuk exam aku.


Story 2
Time tuh aku jadi wartawan intership kat The Malaysian Reserve. Aku balik naik bas, lrt and bas lagi. Time tuh tak dak keta. So bila bas dah sampai kat area rumah aku ,aku pun jalan kaki, sebelum sampai, aku rasa lapaq, singgah kedai burger. Si abang burger ni tanya... "Hai lambat balik.?" Aku jawab: "Biasala bang, kerja".

Dia tanya lagi: "Kerja kat mana." "Intership kat paper TMR, aku jadi wartawan."

"Ooi.. wartawan, best tak? Cam best ja kerja wartawan?" dia tanya lagi.

Aku jawab,"Hmm ... best la."

Moral of the story.

Mesti ramai yang confuse apa la aku cuba sampaikan. Tapi sebenarnya kedua-dua keadaan seperti di atas itu akan berubah dengan adanya U-Wartawan. Satu program yang membolehkan siapa2 saja jadi wartawan.

Sebenarnya citizen journalism ni dah lama wujud kat dunia ni. Di Malaysia, dengan bangganya aku katakan Awani mengorak langkah mempelopori bidang kewartawan rakyat. La ni semua orang boleh jadi wartawan. Macam mana? La... kalau xda kemera gedabak, guna la cam fon, tak pun kalau dapat shot yang cantik masuk la dalam youtube then share. Email, sms, mms pun boleh.

Kalau adanya program ini dari dulu, aku akan dapat 5% markah tambahan. Dan abang burger tuh takkan tanya soalan "best tak jadi wartawan?" kerna semua orang bisa jadi wartawan.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadi U-Wartawan, join our community at Facebook, search for U-Wartawan.

Bak kata Kak Adilah and Tok Yah Botaks, "Saya U-wartawan. Anda bagaimana?"

Monday, January 26, 2009

Beli dan Jual

Hello Malaysia,

Last week, aku from Awani, Alfonso from BernamaTV and few other reporters were expecting Menteri Perdagangan UK dalam satu event ... "GEW" namanya. Seperti mana reporters2 lain, kami x kesah apa jenis event tu or event to event apa, or pasal apa. Yang penting ialah VIP yang hadir dan press conference.

Setibanya aku kat event tu, the organiser bagitaw yang menteri from UK tuh x datang. Yang datang our Datuk Saifudin from MECD dan Pesuruhjaya tinggi UK ke Msia.

Alhamdullilah balik dengan 2 story. Satu pasal UK-Msia trade, satu lagi pasal entrepreneurship from Datuk Saifuddin.

Seperti yang aku cakap tadi, apa jenis event x penting, yang penting news apa yang nak bawa balik kat Kak Zai, the editor. But event ni lain sikit. Kali ni, aku sempat beramah mesra and networking dengan golongan pengusaha muda. Dan adala sekumpulan pengusaha muda yang sempat aku sembang. Depa ni semua org kedah... hahah.. jumpa org kampung!!

Ada sorang mamat ni nama dia Shahabuddin. Kerja dia... tolong orang borong barang.. ala lebih kurang la.

Dia buat program memborong barang dari China. Dan dia buat kursus borong barang dari China.

Cam best kan. HAHA.

Selain China, dia juga buat program yang sama ke Vietnam.

Kursus yang dikendalikan pula menjawab persoalan seperti berikut;

* Kenapa seluruh dunia bertumpu ke China untuk membeli produk ? Kenapa bukan kita sendiri?

* Kenapa perniagaan borong di Malaysia dimonopoli? Bagaimana kita boleh bekerja untuk memecahkan monopoli ini dan juga berjaya?

* Pernahkah anda terfikir, bagaimana peniaga lain boleh menjual barangan yang sama seperti yang anda jual tetapi dengan harga yang lebih murah dan masih dapat membuat keuntungan yang tinggi? Sudah tentu terdapat pembekal lain yang lebih murah di tempat lain?

* Bagaimana untuk anda mendapatkan harga paling rendah dan dengan pilihan yang banyak?

* Bagaimana pula menguruskan penghantaran balik barang melalui laut dengan cara yang murah, mudah dan selamat?

Ada minat?? boleh email aku. Aku kenenkan korang dengan dia, kerna sudah menjadi tangungjawab aku untuk promote bisnes orang kampung di perantauan.

-ends-

One day AK nak jadi usahawan juga. Tapi still tak taw bisnes apa nak buat. So ada idea 4 my bisnes? Yang penting capital minimum!! Btw, aku tingin nak buka kedai buku. Tapi orang kata susah cari makan. So?? Camna??

Saturday, January 17, 2009

Batu Karang

BATU KARANG... Bukan nama tempat seperti Tanjung Karang, atau sejenis seafood seperti kerang, atau nama company seperti Karangkraf.

Hanya yang tak tau cakap melayu sahaja tak tau batu karang tuh apa. Sejenis penyakit... ada batu kat saluran kencing.. pastu sakit gila babun bila batu tuh nak keluar melalui salur kencing.

TADI AKU KENA BATU KARANG. 2 jam aku meraung, sakit gila.

Waktu tengah2 sakit, terus aku drive ke Hospital cina sebelah office aku tuh. Tapi dr. dia macam cipan, aku kena tunggu sampai 1 jam pasal nak tunggu dr tuh. Dah la aku tengah sakit nak mati..

Tapi bila batu tu dah keluar..dah tak sakit sangat, cuma sengal2 sikit jer.

Then, dr ada bagi pain killer.

So from now on, kena minum air banyak2 la ye..

Tuesday, January 06, 2009

I need...

Aku dah pikir masak-masak.

Aku nak beli Nikon D60 dan handphone baru yang boleh dipercayai (bukan bangan macam handphone aku yang selalu "hang"!)

Ada orang suruh aku beli D80 terus, tapi aku cam tak reti guna ja...banyak sangat button kat D80 tuh!! hmm..



yang ni d60

or



ni d90

beza harga dia...

D90 berharga hampir RM5k manakala D60 hanya Rm2288.

Kalau nak ikut spec memang D90 memang canggih giler babun la. D60 pula untuk amatur.

SO?? cam na? nak beli ke tak?

Saturday, January 03, 2009

BIROKRASI PENTADBIRAN DI JABATAN KERAJAAN PUNCA KOS TINGGI PENYENGGARAAN PROTON PERDANA "

Saya tidak mempunyai sebarang kaitan langsung dengan Persatuan Pengedar Proton Edar. Namun sebagai seorang rakyat Malaysia yang mempunyai laman blog tersendiri, saya copy and paste press release di bawah ini untuk bacaan umum.

Harap maklum.

___________________________________________________________________________________

PERSATUAN PENGEDAR PENGEDAR PROTON EDAR MALAYSIA

SIARAN AKHBAR




"BIROKRASI PENTADBIRAN DI JABATAN KERAJAAN PUNCA KOS TINGGI PENYENGGARAAN PROTON PERDANA "



Kuala Lumpur: "Kerajaan Pusat dan Negeri seharusnya menghapuskan birokrasi pentadbiran bagi pendaftaran wakil Pusat Servis Kereta Proton Edar bagi mempertingkatkan day saingan", kata Armin Baniaz Pahamin, Timbalan President , Persatuan Pengedar Proton Edar Malaysia (PEDA).



Sehingga hari ini, cuma wakil pusat servis Proton Edar yang berdaftar dan diluluskan oleh kerajaan sahaja dibenarkan menjalankan kerja-kerja penyenggaraan kereta Proton milik kerajaan pusat dan negeri. Ianya menyebabkan kerajaan Negeri dan Pusat tidak mempunyai banyak pilihan untuk menghantar kenderaan kerajaan ke wakil-wakil pusat servis Proton Edar yang lain bagi kerja penyenggaraan. Langkah berkenaan mampu mengakibatkan harga kos penyenggaraan yang amat tinggi dan tidak terkawal dikenakan oleh pemilik wakil pusat servis Proton Edar yang berdaftar dan diluluskan kerajaan. Ini kerana hanya ada sedikit sahaja wakil pusat servis yand berdaftar dengan kerajaan berbandingkan dengan jumlah keseluruhan wakil-wakil pusat servis Proton Edar di Malaysia. Apabila tiada pilihan, akan lahirlah budaya sogokan atau kenaikan harga yang tidak terkawal.



Tanpa birokrasi pentadbiran pendaftaran bengkel di Jabatan Kerajaan, kerajaan negeri dan pusat boleh mendapatkan kerja-kerja penyenggaraan dari lebih 300 bengkel Proton Edar dan Eon dengan harga yang lebih berpatutan di seluruh Malaysia.



Proses perlantikan bengkel berdaftar Proton Edar adalah sangat ketat dan sentiasa dipantau bagi memastikan kualiti kerja dan pengendalian yang baik. Dengan itu, bengkel berdaftar Proton Edar seharusnya di kecualikan dari segala pendaftaran di Jabatan Kerajaan bagi kerja-kerja penyenggaraan kereta Proton sama ada ianya masih didalam waranti atau telah tamat tempoh waranti. Saingan di antara 300 bengkel berdaftar Proton Edar bagi kerja-kerja penyenggaraan kereta milik kerajaan dapat bantu membanteras harga kos yang amat tinggi oleh pemilik bengkel yang tidak bertanggung jawab.



Kenyataan dari tiga kerajaan negeri , Terengganu, Perak dan Pulau Pinang, mendedahkan harga penyenggaraan yang tinggi, merosakan reputasi kereta Proton dan membebankan wakil jualan dan servis Proton sedangkan kita sebagai pengusaha pengusaha wakil Pusat servis Proton Edar memang yakin harga kos penyenggaraan bagi kereta Proton Perdana adalah berpatutan dan tidak setinggi seperti yang dimaklumkan oleh kerajaan kerajaan Negeri.

Kebanyakkan kereta Proton yang berada di pasaran mempunyai lanjutan waranti melebihi 5 tahun. Kos bagi kerja penyenggaraan biasa kereta Proton adalah dari harga RM200 sehingga ke RM500 setahun tertakluk kepada penggunaan dan tingkah laku pemanduan kereta.

Lebih dari 60,000 unit Proton Perdana telah dijual sejak ianya berada di pasaran dan sehingga kini lebih kurang 10,000 unit Proton Perdana dijual setahun. Kereta itu laris di pasaran kerana harga kereta dan kos penyenggaraan yang berpatutan.

Dengan adanya birokrasi pendaftaran di Jabatan Kerajaan bagi pemilik bengkel terutama wakil pusat servis Proton Edar membataskan bengkel yang cekap dari menyenggara dan memberi sebut harga yang lebih rendah dan berpatutan untuk kenderaan kerajaan. Pendaftaran wakil Pusat servis Proton Edar Yang memang dibawah naungan Kerajaan di Jabatan-jabatan Kerajaan adalah tidak berfaedah kepada mana-mana pihak dan hanya menggalakaan budaya sogokan, kata Armin. Kita seharusnya bersama memikirkan langkah-langkah membanteras masalah ini dengan menghapuskan pentadbiran birokrasi yang telah terbukti di 3 negeri kehadiran budaya sogokan dan tidak kompeten.

sumber: http://arminbaniaz.com/

Friday, January 02, 2009

Anniversary AK dan Si Dia

Hari ini genap 100 posting aku kat laman blog ini, juga genaplah 1 tahun yang mencabar sebagai wartawan.

Justeru aku amek peluang ini untuk mengimbau perjalanan SATU TAHUN PERTAMA: SHAFIZANJOHARI SEBAGAI WARTAWAN.

2 Januari 2008: Berbekalkan keazaman yang teguh dan jatidiri yang utuh, aku melangkah ke bilek berita "The Malaysian Reserve", sebuah akhbar perniagaan berbahasa Ingegeris utama negara.

Sepanjang tempoh latihan amali aku di sana, aku kena brushed and polished by the most experienced editors as well as reporters in the corporate newswriting industry.

Sigh... it was a harsh period. Damn I did not understand what they said man!! all the business terminologies and such. But investopedia.com came to the rescue.

I was tought on how to write news... the simple 5 w 1 H, the inverted pyramid thinggy... which until now I do not really know, either I have understand it or not!

This is the moment I started my journey as a Business Reporter.

1 April 2008: I embarked on the other path of the journey, after I accepted the offer as a writer for KasedDia Sdn Bhd, the publisher of The Halal Journal. The Halal Journal is a niche trade magazine focused on the international halal industry-led by Malaysia issues.

But its not all, I learned and done many other things. PR, media consultant, event organiser, office boy, assistant managerial works... to name a few. But this has made me a very niche writer on the worldwide-halal industry which include f and b as well as the emerging Islamic Banking system.

However, I got bored. And moved on to Astro Awani-Gerbang Dunia Kita.

7 July 2008 - I moved on, still as a business journalist, but with a little advancement... I am now a Broadcast Business Reporter. Jeng-jeng-jeng. I never had imagined being a BJ (broadcast journalist) before. I thought I will be a wire newsman or a newspaper man- not a BJ.

But I siezed the opportunity gave to me. Thanks to Ashwad for the innitial strong support that flew me away from KasehDia.

Today I am one of those contributed for Bisnes Awani (which aired 3 times a day with a cummulative duration of 1 hour).

I also helped other desk, if needed and I am happy to explore other genre as well. Gala TV maybe.

I am now happy. Yes I have to admid the burden is more and I need to sacrifice more. But I will sacrifice everything for the one I love. And from now on... I am in love with my job.


-the end-

Monday, December 08, 2008

Takziah FKPM

Salam sejahtera,

Takziah aku ucapkan kepada keluarga Mass comm uitm kerana kehilagan timbalan dekan kita, Hj Shafie Ahmad and sorang student, Maryam.

Sedia la gak ... bila aku kenang balik the first time Hj Shafie ajaq kelas aku.

Arwah dulu ajaq effective speaking. Time tuh best... dia bawa kami sekelas pegi class assignment kat taiping. Memang best giler. And then waktu presentation me and Daia (RTM Biz Desk) dapat highest mark. 92% klu x salah.

Trip tu plak sampai sekarang aku x pernah lupa. Dan x akan lupa.

Cuma aku x sangka dia pegi waktu student trip juga.

So lepas ni ... student mass com x merasa la outdoor trip. Jeng jeng jeng!!!

Namun apa yang pasti... aku syukur sangat2 brother amirul dan datuk norsham x terlibat dengan accident tu.

Sunday, September 14, 2008

WHy?

Sejak aku jadi wartwan sepenuh masa Januari lepas... mmg aku dah x layan blog ni. Manakan x... kerja hakiki aku mmg menulis.. klu aku nak tulis blog lagi... nak tulis apa??!! dari pagi sampai malam kerja mengetuk keyboard je... so tu sbb aku x publish new post.

Tapi x pa.. kerja kat Astro mmg best. X tension sangat. Ok la.. Cuma raya ni aku x dpt balik kampung pasal ... bisnes awani kena air macam biasa. HAHAH..sedey.

Walaubagaimanapun, 24 Sept aku balik kejap.. boleh la berposa kat alor staq. Aku tingin sangat nak makan nasik royale tuh..Lepas nasik royale... pekena Kuewtiow iman... wADuH!! tak tahan sih!!

Tapi x de member...aswad pun time tuh keje...

Makanye... terpaksa la aku usung adik aku teman aku.. HAHAHH...

WAIT SEMINIT...Syafik kan still kat alor staq... maybe aku leh kluaq ngan dia.. Hmmm...not a bad idea.

I guess Su pun dah balik dah time tuh. Boleh lepak kat umah dia... Xpe2 nnti aku contact dia kat Aussie tanya khabr.Tapi su x makan mamak...