Saturday, March 14, 2009

Saya U-Wartawan. Anda pula bagaimana?

Story 1

Semester 3 di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Malaysia. Puan Siti Zabedah janji kalau siapa2 punya artikel dapat masuk media, dia akan dapat additional 5% for exam. 5% tuh, banyak tuh. Tapi Ya Allah, punya la susah nak pubish our artikel ke dalam surat khabar. Siapa nak contact, nak hantar artikel tuh kat mana?... Kualiti artikel tuh, jangan kira la, almaklumlah, time tuh aku student lagi. Sedangkan sekarang ni pun aku dok tulih tungang-langgang lagi ini kan waktu 2 tahun lepas, lagi la disaster.

So al-kesahnya, aku x dapat la 5% tambahan markah untuk exam aku.


Story 2
Time tuh aku jadi wartawan intership kat The Malaysian Reserve. Aku balik naik bas, lrt and bas lagi. Time tuh tak dak keta. So bila bas dah sampai kat area rumah aku ,aku pun jalan kaki, sebelum sampai, aku rasa lapaq, singgah kedai burger. Si abang burger ni tanya... "Hai lambat balik.?" Aku jawab: "Biasala bang, kerja".

Dia tanya lagi: "Kerja kat mana." "Intership kat paper TMR, aku jadi wartawan."

"Ooi.. wartawan, best tak? Cam best ja kerja wartawan?" dia tanya lagi.

Aku jawab,"Hmm ... best la."

Moral of the story.

Mesti ramai yang confuse apa la aku cuba sampaikan. Tapi sebenarnya kedua-dua keadaan seperti di atas itu akan berubah dengan adanya U-Wartawan. Satu program yang membolehkan siapa2 saja jadi wartawan.

Sebenarnya citizen journalism ni dah lama wujud kat dunia ni. Di Malaysia, dengan bangganya aku katakan Awani mengorak langkah mempelopori bidang kewartawan rakyat. La ni semua orang boleh jadi wartawan. Macam mana? La... kalau xda kemera gedabak, guna la cam fon, tak pun kalau dapat shot yang cantik masuk la dalam youtube then share. Email, sms, mms pun boleh.

Kalau adanya program ini dari dulu, aku akan dapat 5% markah tambahan. Dan abang burger tuh takkan tanya soalan "best tak jadi wartawan?" kerna semua orang bisa jadi wartawan.

Jadi kepada sesiapa yang berminat nak jadi U-Wartawan, join our community at Facebook, search for U-Wartawan.

Bak kata Kak Adilah and Tok Yah Botaks, "Saya U-wartawan. Anda bagaimana?"

1 comments:

hazwan hassan said...

woitt...mana hang pie? lama tul tggalam...huhuhu..
ok..nnti aku try search u-wartawan kat facebuk...
cheers!