Friday, February 22, 2008

Pak Lah balas budi?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai membalas jasa Tun Dr. Mahathir Mohamed yang telah melantiknya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2002 lalu, dengan meletakkankan Mukhriz Mahathir sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Jerlun.

Keputusan Pak Lah untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Jerlun jelas memperlihatkan trend "membalas jasa" yang sama yang telah dilakukan oleh Dr. Mahathir sewaktu melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Abdul Razak yang juga bertanggungjawab membawa beliau kembali ke arena politik setelah disingkirkan oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO dahulu.


Sementara itu, Mukhriz mempunyai peluang yang cukup besar untuk memenangi kerusi tersebut kerana "Kelaurga Mahathir" masih mempunyai pengaruh yang besar di negeri jelapang padi tersebut.

Pada masa yang sama, Pak Lah juga telah melantik anak menantunya, Khairy Jamaluddin sebagai calon Parlimen Rembau.

Khairy juga mempunyai track record politik yang cemerlang dan agresif dilihat mampu untuk memenangi kerusi dari Negeri Sembilan tersebut.

Kini hanya masa yang menentukan, siapakah yang bakal terpilih untuk memegang apa2 jawatan dalam kabinet kelak!!

Wednesday, February 20, 2008

Still Dissapointing

Hari ni dah 20 February. Dah 1 bulan 20 hari aku intern kat TMR. Tapi masih lagi buat silap. Kadang2 aku rasa fedup la. Tiap2 hari aku buat silap and masih x boleh nak learn from my mistakes. Cuba bayangkan, di UiTM dulu mmg aku cepat tangkap. Org ajar aku, kejap lagi aku dah boleh buat, tapi kali ni, ntah pasal apa aku jadi "LEMBAB" sangat. Tak boleh nak faham2!! Tapi ini bukan aku x suka intern kat TMR, cuma aku tak puas hati and fedup dengan diri sendiri. Ntah spirit apa la yg drive aku sampai hari ni. Tapi xpa, aku masih ada banyak story lagi nak cover.

Recently, aku banyak ditugaskan untuk cover mengenai industry halal negara. Sampailah ke penternakan lembu pun aku cover. So, boleh kira aku dah nince kat area ni. Itu je la yg buat aku happy. But other than that, still dissapointing.

But what can really aspect? Im still new and im just an intern!! So any comments??

Tuesday, February 12, 2008

Aku "LIVE" di TV!!

5 Feb lalu aku muncul secara lansung di TV9. Klu missed, ni dia dia punya recording. Ehsan TV9.com.my!!









Pirana serang Malaya!!

Pernah tgk citer pirana x?? citer Hollywood yg dah tunjuk kat TV beberapa dekat lalu!! Ni ada story from Utusan, yg mmg agak gempar. Agak2, org nak pg lagi x kat Sg Tembeling lepas ni??

Nelayan cedera diserang pirana
JERANTUT 11 Feb. – Seorang nelayan cedera di kaki akibat diserang sejenis ikan yang didakwanya daripada spesies pirana di Sungai Tembeling dekat sini malam tadi.
Kejadian berlaku ketika Adanan Nipah, 54, hendak melepaskan ikan tersebut yang terperangkap dalam jaring yang dipasangnya di sungai itu di Kampung Tempan, Hulu Tembeling dekat Kuala Tahan kira-kira pukul 10 malam.
Dia mendakwa ikan sepanjang 25 sentimeter itu menggigit kaki kanannya sebanyak tujuh kali ketika dia mahu melepaskan ikan berkenaan daripada jaring.
‘‘Ikan pirana itu menggigit kaki kanan saya secara tiba-tiba ketika saya hendak melepaskannya daripada jaring menyebabkan kaki saya luka dan bengkak.
‘‘Saya bertindak pantas mengambil penyauk ikan untuk menangkapnya dan memasukkan ikan itu ke dalam bekas polistirena,” katanya kepada wartawan Utusan Malaysia, HARIS FADILAH AHMAD.
Adanan juga terkejut kerana beberapa ekor ikan spesies yang sama di dalam sungai itu kemudian bertindak menerjah bahagian badan bot gentian kaca miliknya.
‘‘Saya sungguh hairan bagaimana pirana itu tiba-tiba bertindak ganas kerana sebelum ini belum pernah terdengar kejadian serangan ikan itu terhadap nelayan di Sungai Tembeling,” katanya.
Dia percaya pembenihan spesies pirana sejak dua tahun lalu di kawasan perlindungan Jabatan Perikanan di Jeram Panjang, Dedari, Lubuk Katak dan Kampung Pagi di sini telah menyebabkan spesies ikan itu membiak di Sungai Tembeling.
‘‘Ikan pirana itu mungkin terlepas dari kolam ternakan berdekatan Sungai Tembeling dan Sungai Pahang ketika banjir melanda kawasan ini Disember lalu,” katanya.
Adanan melahirkan kebimbangan spesies Pirana itu akan mengancam pembiakan ikan air tawar yang lain.
Dia yang menjadi nelayan sungai sejak 30 tahun lalu berkata, ikan Pirana boleh dimakan tetapi rasanya tidak sedap kerana ia bukan berasal dari sungai air tawar negara ini.
Katanya, ikan tersebut juga kurang mendapat permintaan di pusat pelancongan Taman Negara Kuala Tahan dan pasar bandar Jerantut apabila ia dijual dengan harga hanya RM2 hingga RM4 sekilogram.

Sunday, February 03, 2008

Business reporting for dummies - a continuation!

Cis dah lama aku x blog. Malas, penat dan most importantly xda masa. Ok aku nak sambung tips untuk "Business reporting for Dummies"!!

1. Sabar la dengan OC atau editor ko... yelah, benda2 business ni bukan nya ko pandai sangat. Pastu bila sampai waktu ko nak brief OC ko, dia plak nak buat soal siasat. HEheh... cam pesalah masuk kandang pesalah kat mahkamah or cam kena question dalam lokap!! hehe. Tapi besa lah ... jawab je la bila dia nak tanya apa2. Kalau ko xtaw apa yg dia tanya, ko cepat2 tepon PR yang sedia menanti.

2. Becarefull pada setiap Isnin.
Bagi aku hari isnin merupakan hari MALANG... ada je la yg tak kena. Kena marah ke, terpelecot ke... ape2 jelah , semuanya hari Isnin. Dah la malas nak g kerja hari isnin!! So kesimpulannya, kena extra tabah hati setiap Isnin OK!!

3. English - English - English. Tak langung berniat untuk aku mengagungkan bahasa asing. Tapi bahasa ni penting la... Aku yang dapat Band 5 ni pun masih dikategorikan dalam average... so fikir2kan ....

4. Berkawan la dengan semua orang. Tak kesah la...senior hang ka, editor ka.. wartawan the edge ka, bernama ka, kosmo ka, semua la. dan pastikan hangpa amek no tepon depa.

5. Jangan berheti belajar. Jangan putus asa.
Why??, pasal klau nak cakap pasal putus asa, tiap2 hari aku putus asa. Tapi tabahkan hati gak, baca bebanyak sikit pasal business2 ni. So far, tahap keputus-asaan aku dah berkurangan. Kadang2 frust tu ada la. Tapi bila esok p office, then tengok byline sendiri, rasa dah tak putus asa. Tapi putus asa balik bila dah petang2, time peak hours, waktu nak kena submit stories... hehe