Friday, February 22, 2008

Pak Lah balas budi?

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai membalas jasa Tun Dr. Mahathir Mohamed yang telah melantiknya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2002 lalu, dengan meletakkankan Mukhriz Mahathir sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Jerlun.

Keputusan Pak Lah untuk melantik Mukhriz Mahathir sebagai calon Barisan Nasional bagi Parlimen Jerlun jelas memperlihatkan trend "membalas jasa" yang sama yang telah dilakukan oleh Dr. Mahathir sewaktu melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Untuk rekod, Dr. Mahathir telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Abdul Razak yang juga bertanggungjawab membawa beliau kembali ke arena politik setelah disingkirkan oleh Tunku Abdul Rahman dari UMNO dahulu.


Sementara itu, Mukhriz mempunyai peluang yang cukup besar untuk memenangi kerusi tersebut kerana "Kelaurga Mahathir" masih mempunyai pengaruh yang besar di negeri jelapang padi tersebut.

Pada masa yang sama, Pak Lah juga telah melantik anak menantunya, Khairy Jamaluddin sebagai calon Parlimen Rembau.

Khairy juga mempunyai track record politik yang cemerlang dan agresif dilihat mampu untuk memenangi kerusi dari Negeri Sembilan tersebut.

Kini hanya masa yang menentukan, siapakah yang bakal terpilih untuk memegang apa2 jawatan dalam kabinet kelak!!

3 comments:

Al-Farabi said...

Komentar yang baik untuk realiti senario politik semasa di negara kita. Kalu sudi senang-senangkan diri berkunjung ke laman blog saya yer : www.myhottips.blogspot.com

~ Al-Farabi
myhottips@yahoo.com

Ashwad said...

pondan!!!! Update la ur blog...goblog....

aku dah update!!!! kena marah ngan editor lagi hahahaha

shafizanjohari said...

WEH GOBLOG ASHSHIE...aku x lah ser severe hang. kerja banyak la kat office. sekarang tengah peak time untuk berita business n eco!!